Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Beri Tumpuan Kepada Kawasan Panas Di Pantai Timur Sabah Sepanjang Ramadan

10:32pm 07/06/2016 Pak Roshan 100 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

apmm1-600x367-600x367

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memberi tumpun kepada “kawasan-kawasan panas” di pantai timur Sabah semasa operasi penguatkuasaan dan rondaan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata operasi itu – sebahagian daripada ‘Ops Pagar Laut 2016’ di seluruh negara yang dilancarkan di Pelabuhan Klang minggu lepas ialah untuk mengekang jenayah dan aktiviti seperti penyeludupan rokok dan arak.

“Operasi itu juga untuk meningkatkan keselamatan di laut terutama bagi nelayan dan mereka yang terlibat dalam perikanan sukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan APMM Sabah dan Labuan di sini Selasa.

Zulkifli berkata kemasukan dan kapal yang bolos keluar secara haram dijangka meningkat pada musim perayaan dan APMM akan mengukuhkan operasi untuk mengelakkan insiden ini daripada berlaku.

“Kami menasihatkan sesiapa yang menghadapi situasi kecemasan supaya menghubungi APMM kerana kami bersedia untuk memberikan bantuan apabila perlu,” katanya.

Warga China, Tommy Lam Wai Yin and rakyat Malaysia, Armella Ali Hassan, yang sebahagian daripada kumpulan pelancong yang hilang selama sepuluh hari dekat pantai Kudat awal bulan lepas, turut hadir pada majlis itu.

Tommy Lam dan Armella Ali mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat Maritim Malaysia dan pihak lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Marin dan Sabah Air atas usaha mereka dalam operasi menyelamat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan