Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Beri Bantuan Kecemasan Hantar Bayi Ke Hospital Kudat

maritim

KUDAT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat memberi bantuan kecemasan kepada bayi berumur 11 bulan dengan menghantarnya ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan lanjut, semalam.

Bayi perempuan yang diserang sawan dan sedang dirawat di Klinik Kesihatan Karakit, Pulau Banggi itu, perlu dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan segera kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan pada saraf tunjangnya.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam APMM Kudat, LK (M) Zulkifli Ismail, bantuan ehsan itu atas permintaan doktor di Klinik Kesihatan Karakit selepas bot klinik berkenaan mengalami kerosakan.

“Apabila mendapat arahan daripada Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, Bot Kilat 1 dikerahkan ke lokasi untuk memberi bantuan,” katanya dalam kenyataan Selasa.

Katanya Bot Kilat 1 yang membawa bayi itu tiba di Jeti Marina, Kudat kira-kira 6.50 petang selepas 40 minit meninggalkan Pulau Banggi.

Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Kudat menggunakan ambulans yang sedia menanti di Jeti Marina.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan