Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Bantu Bawa Mangsa Kemalangan Ke Hospital Queen Elizabeth II

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan ‘pelayaran ehsan’ membawa seorang warga tua yang cedera parah akibat kemalangan di sini, untuk menjalani pembedahan segera di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

Zainuddin Abdullah, 70, dibawa dengan pengusung ke dalam bot berkelajuan tinggi kira-kira 10.50 malam, sambil diiringi Dr Corinne Jefferi dan pegawai perubatan Ahmad Munir Zulkunain ke Menumbok, sebelum dipindahkan ke ambulans untuk ke hospital.

Mangsa dikatakan terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tengah hari dan selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Nukleus Labuan, dia terpaksa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pembedahan segera.

APMM Labuan menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Nukleus Labuan kira-kira 9 malam, dan segera bertindak memulakan operasi memindahkan pesakit itu, kata ketua penguatkuasanya, Kapt Che Adnan Md Isa.

Agensi itu sentiasa menyediakan pengangkutan bot untuk membawa pesakit kritikal dari pulau bebas cukai itu ke tanah besar Sabah, katanya.

“Kami bersedia menjalankan operasi ehsan untuk pesakit kritikal sebagai satu tanggungjawab sosial, Jika keadaan laut baik, proses penghantaran pasti berjalan lancar,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan