Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APM Pantau Rapi Perkembangan Banjir Di Pedalaman Sabah

11:24am 07/11/2016 Pak Roshan 129 views Berita Pilihan,Keningau,Mutakhir,Tempatan

 

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah sedang memantau rapi perkembangan banjir di beberapa daerah pedalaman Sabah termasuk Keningau dan Tenom berikutan kekerapan hujan di daerah berkenaan, kebelakangan ini.

Pengarah APM Sabah, Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata walaupun beberapa sungai utama di daerah berkenaan seperti Sungai Pegalan, Sungai Liawan dan Sungai Padas di Beaufort mengalami banjir namun ia masih pada paras selamat.

“Untuk makluman, hari ini hujan di Daerah Keningau bermula 1.45 tengah hari tadi dan masih berterusan hingga sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya pemantauan pihak APM di daerah Beaufort dan Daerah Kecil Membakut pula mendapati paras sungai di sana juga masih terkawal.- BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan