Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APM Laut dilancarkan tahun depan

9:36am 01/12/2016 Pak Roshan 133 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

 SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Laut akan dilancarkan pada awal tahun hadapan di Miri Sarawak dengan menumpukan tugasan khas di pesisiran pantai di seluruh negara. Menurut, Pemangku Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Selamat Dahalan, APM Laut pada masa yang sama juga, pengambilan anggota APM Laut turut akan dilancarkan dan dijangkakan seramai 1,000 anggota diperlukan. Latihan berkaitan tugasan menjaga pantai dan latihan menjadi jurulatih menjaga pantai membabitkan kira-kira 70 anggota sudah dimulakan, kata Selamat. “Pada peringkat awal ini, APM Laut akan menumpukan kepada keselamatan awam di pesisiran pantai sahaja, seperti lokasi perkelahan dan pusat peranginan,” katanya. Namun dari segi rondaan di laut pula, jelas beliau, APM Laut tidak terlibat selepas dilancarkan dalam peringkat awal nanti. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Kadet Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Sandakan 2016, di Politeknik Sandakan, di sini, kelmarin. Selamat berkata, ketika ini APM memiliki 41 buah menara penyelamat pantai seluruh negara dan seramai 70 anggota yang akan tamat latihan nanti akan pulang semula ke lokasi mereka bertugas di samping melatih anggota yang lain. Terdahulu, pada Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, penubuhan APM Laut bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara daripada jenayah penyeludupan dan lanun. Turut hadir Pengarah APM Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin, Pengarah Politeknik Sandakan Leftenen Kolenel Bersekutu Hassan Siraj dan para pegawai yang lain.

SANDAKAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Laut akan dilancarkan pada awal tahun hadapan di Miri Sarawak dengan menumpukan tugasan khas di pesisiran pantai di seluruh negara.

Menurut, Pemangku Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Selamat Dahalan, APM Laut pada masa yang sama juga, pengambilan anggota APM Laut turut akan dilancarkan dan dijangkakan seramai 1,000 anggota diperlukan.

Latihan berkaitan tugasan menjaga pantai dan latihan menjadi jurulatih menjaga pantai membabitkan kira-kira 70 anggota sudah dimulakan, kata Selamat.

“Pada peringkat awal ini, APM Laut akan menumpukan kepada keselamatan awam di pesisiran pantai sahaja, seperti lokasi perkelahan dan pusat peranginan,” katanya.

Namun dari segi rondaan di laut pula, jelas beliau, APM Laut tidak terlibat selepas dilancarkan dalam peringkat awal nanti.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Kadet Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Sandakan 2016, di Politeknik Sandakan, di sini, kelmarin.

Selamat berkata, ketika ini APM memiliki 41 buah menara penyelamat pantai seluruh negara dan seramai 70 anggota yang akan tamat latihan nanti akan pulang semula ke lokasi mereka bertugas di samping melatih anggota yang lain.

Terdahulu, pada Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, penubuhan APM Laut bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara daripada jenayah penyeludupan dan lanun.

Turut hadir Pengarah APM Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin, Pengarah Politeknik Sandakan Leftenen Kolenel Bersekutu Hassan Siraj dan para pegawai yang lain. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan