Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APM bantu pemantauan di ESSCOM

jpm

 

KUALA LUMPUR: Seramai 400 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan dihantar bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membantu operasi pemantauan pada Mac ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya, berkata APM akan bersiap-sedia menjadi mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat berkaitan pergerakan dan aktiviti yang mencurigakan.

“Kawasan terbabit dijaga oleh tentera, polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), namun kami diberi kepercayaan oleh kerajaan bagi membantu mereka di sana.

“Kami akan menghantar anggota terbabit pada Mac ini, sekali gus membuat persiapan dengan memulakan latihan di sana,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Ops Bantu XVI, di sini, hari ini.

Sementara itu, seramai 1,746 anggota APM akan bertugas dalam Ops Bantu bermula Khamis ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, anggota terbabit akan ditempatkan di 114 laluan persekutuan dan negeri yang dikenal pasti sebagai kawasan panas.

Katanya, mereka akan menjalankan tugas rondaan di kawasan terbabit, selain turut berperanan sebagai pasukan respons kecemasan (ERT) bagi menyelesaikan sebarang kes dengan lebih pantas.

“Kita juga akan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah serta halangan yang menyebabkan kesesakan di kawasan terbabit kerana ia juga boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

“Walaupun pelbagai kempen dianjurkan sebelum ini, statistk kemalangan terus meningkat dengan purata 6,000 kematian direkodkan sepanjang 10 tahun lalu. Kita mahu kemalangan ini dikurangkan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan