Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aplikasi ‘SOS Save U&Me’ bantu polis tangani jenayah

KOTA KINABALU – Kadar jenayah yang tinggi di sesetengah kawasan sudah tentu menimbulkan kerisauan kalangan masyarakat sekeliling, namun menerusi aplikasi pintar SOS Save U&Me segala kebimbangan itu kini dapat diatasi.

Aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat Public Synergy Power Sdn Bhd itu mampu membantu pihak berkuasa terutama polis dalam usaha membanteras jenayah di negara ini.

Pengarah syarikat, Eric Lo berkata, aplikasi tersebut akan menghantar secara terus suatu maklumat atau info kejadian jenayah kepada pihak berkuasa polis yang berhampiran untuk tindakan segera.

“Melalui aplikasi pintar ini, masyarakat boleh menyalurkan maklumat sama ada berkaitan rompakan, penganiyaan, penderaan, kecurian dan sebagainya kepada polis bagi membolehkan bantuan dapat diberikan,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada sidang media pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di Auditorium Kompleks Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Aplikasi SOS Save U&Me boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play bagi Android atau iOS bagi pengguna Iphone.

Eric menjelaskan, pengguna hanya perlu menekan ikon ‘SOS’ pada telefon pintar mereka sebelum mesej dihantar kepada semua pengguna dalam lingkungan 5 kilometer.

“Selain daripada mesej kecemasan, pengguna juga boleh menghantar gambar kejadian melalui aplikasi itu,” tambahnya. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR

APLIKASI PINTAR…. Eric (tengah) menunjukkan cara penggunaan aplikasi SOS Save U&Me kepada media sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.
APLIKASI PINTAR…. Eric (tengah) menunjukkan cara penggunaan aplikasi SOS Save U&Me kepada media sambil disaksikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Komen


Berita Berkaitan