Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Aplikasi laman social harus dipantau

10:19pm 29/11/2015 Ann Vivien 30 views Politik,Tempatan
Raime menerima cenderakenangan daripada  Pegawai Pembangunan Wilayah SKM Keningau Anthony Ungkir Dee yang mewakili Pengarah SKM  Negeri Sabah Umar Sarim Hj Saidin,selepas merasmikan majlis itu.

Raime menerima cenderakenangan daripada Pegawai Pembangunan Wilayah SKM Keningau Anthony Ungkir Dee yang mewakili Pengarah SKM Negeri Sabah Umar Sarim Hj Saidin,selepas merasmikan majlis itu.

TENOM:Pihak berkuasa perlu memantau tahap keselamatan penggunaan aplikasi waze dan aplikasi lain dilaman sosial yang boleh mengancam keselamatan negara.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, aplikasi waze adalah aplikasi penunjuk jalan bagi memudahkan orang ramai mengetahui jalan-jalan utama di bandar selain mengelak kesesakan lalu lintas dan beliau khuatir sekiranya ada sebahagian pengguna menyalahgunakan aplikasi tersebut yang bertujuan untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.                                                     

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi menjelaskan peranaan pihak kerajaan dalam menangani isu keselamatan negara  selepas  merasmikan Program Parlimen Bersama Koperasi Peringkat Parlimen P.181 Tenom di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan disini pada sabtu.                        

Katanya, isu itu telah dibangkitkan dalam sidang dewan rakyat baru-baru ini di ibu negara, namun Naib ketua Parti Keadilan Rakyat PKR merangkap ahli parlimen Pandan Razifi Ramli tidak memahami usul tersebut dengan menafikan bahawa aplikasi itu selamat untuk diguna oleh semua orang.                        

“Tindakan itu bukan bertujuan menyekat perhubungan komunikasi yang amat popular masa kini akan tetapi  sekiranya tiada tindakan awal dibuat boleh membahayakan keselamatan negara.”jelasnya.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan