Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Aplikasi Keselamatan untuk Komuniti Maritim, Pelancongan di Esszone

LAHAD DATU, 12 Ogos (Bernama) — Komuniti maritim dan industri pelancongan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) digesa memanfaatkan aplikasi Keselamatan Kesedaran Komuniti Maritim atau K3M dan Maklumat Pengawal Pantai Malaysia atau MCG Info ketika berada di laut.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Assafal P. Alian berkata aplikasi keselamatan itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Play Store telefon mudah alih.

“Aplikasi K3M dibangunkan Angkatan Tentera Malaysia manakala MCG Info atau Malaysia Coast Guard Information diusahakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Penggunaan aplikasi keselamatan itu secara langsung membantu meningkatkan keselamatan diri ketika di laut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Aplikasi K3M menyediakan butang SOS jika berlaku kecemasan di laut dan sekali gus membantu memendekkan tempoh responsif anggota keselamatan tiba di lokasi kecemasan, manakala MCG Info menyediakan tip keselamatan di laut.

Semalam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengingatkan semua kapal dan bot yang Melalui perairan Esszone agar memaklumkan pergerakan semasa kepada Pusat Operasi (Pusop) Esscom.

Peringatan berulang kali  itu susulan bot tunda membawa muatan minyak sawit dari Felda Sahabat, Tungku menuju ke Kuantan, Pahang hampir dirompak 10 lelaki tidak dikenali yang menaiki bot tersebut di perairan Tambisan pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, tindakan pantas semua kru bot tunda menyembunyikan diri di dalam dek berkunci dan menghubungi pasukan keselamatan berjaya menghalang cubaan penjenayah tersebut yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan