Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Apakah Ubat Untuk Riyak?

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Imam Hasan Al Bashri berkata: Ada seorang laki-laki yang berkata : ‘Demi Allah aku akan beribadah agar aku dipuji dan disebut-sebut kerananya’.

Maka tidaklah dia dilihat kecuali pasti dia sedang sibuk bersolat, dia adalah orang yang paling pertama masuk masjid dan yang paling terakhir keluar darinya. Dia pun melakukan hal tersebut sampai tujuh bulan lamanya.

Namun, dia tidak mendapat kemuliaan dan pujian dari manusia seperti yang diharapkan. Tidaklah dia melalui sekelompok orang kecuali mereka akan berkata: ‘lihatlah orang yang riya ini’.

Dia pun menyedari hal ini dan berkata: tidaklah aku disebut-sebut kecuali hanya dengan sebutan kehinaan, ‘sungguh setelah hari ini aku akan melakukan amalan hanya kerana Allah’.

Dia pun tidak menambah amalan kecuali amalan yang dulu dia telah kerjakan. Setelah itu, apabila dia melalui sekelompok orang mereka berkata dengan sebutan yang baik: ‘semoga Allah merahmatinya sekarang’.

Kemudian Hasan al Bashri pun membaca ayat: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih-sayang.” (Tafsir Ibnu Katsir)

Kisah ini menunjukkan bahawa cara merawat penyakit riya bukanlah dengan meninggalkan amalan. Bahkan terus melakukan amalan sambil memperbaiki niat dari masa ke semasa. Sesuatu amalan yang dilakukan dengan istiqamah walau pada asalnya tidak ikhlas namun berkat istiqamah tersebut boleh menukarkannya kepada ikhlas.

Semoga Allah mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam setiap amalan.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari)

Komen


Berita Berkaitan