Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Apakah Memasak dan Mencuci Merupakan Tugas Isteri?

10:44pm 24/11/2015 Zakir Sayang Sabah 421 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi di tanya apakah seorang isteri wajib melayani suami dalam urusan rumah tangga (misalnya memasak dan mencuci) kerana beliau pernah mendengar ada ulama yang mengatakan isteri tidak wajib melayani suaminya.

Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi kemudian menjawab –secara ringkasnya- sebagai berikut:

Apa yang dikatakan oleh salah seorang ulama tersebut merupakan pendapat sebahagian fuqaha’ yang merupakan hasil ijtihad. Tidak seluruhnya benar. Meskipun para mujtahid telah mendapatkan satu pahala ketika ijtihadnya salah dan mendapatkan dua pahala ketika ijtihadnya benar.

Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi memandang pendapat yang benar adalah pendapat yang memberikan tugas kepada isteri untuk melayani suaminya demi kemaslahatan rumah tangga dengan alasan:

Pertama, isteri dan suami memiliki hak dan kewajiban yang seimbang

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“…Dan para wanita (isteri) memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf..” (QS. Al Baqarah: 228)

Pelayanan isteri kepada suami merupakan bahagian dari sasaran firman Allah ini. Tidak di kenal bahawa suami memiliki tugas memasak, mencuci, menyapu dan sebagainya. Apalagi kerana tugas suami adalah mencari nafkah, wajar jika isteri membantunya mengurusi rumah tangga.

Kedua, setiap hak diimbangi kewajiban

Allah mewajibkan suami memberi mahar, nafkah, tempat tinggal dan pakaian kepada isteri yang merupakan hak-hak isteri. Dengan mendapatkan hak-hak ini, isteri juga memiliki kewajiban yang seimbang dengan hak tersebut.

Ketiga, ikatan suami isteri diperlakukan menurut ‘urf (tradisi) yang tidak bertentangan dengan syariat. Diantaranya, isteri melaksanakan tugas-tugas rumahtangga. Jika di balik, suami wajib mencari nafkah sekaligus wajib melayani isteri dalam urusan rumah tangga, maka bertentangan dengan firman Allah:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ

“Lelaki itu pemimpin bagi wanita…” (QS. An Nisa: 34)

Keempat, contoh dari generasi sahabat menyebutkan bahawa isteri bertugas melayani suami dalam urusan rumah tangga. Misalnya Fatimah Az Zahra radhiyallahu ‘anha biasa menggiling tepung, membuat roti, memutar penggilingan hingga lecet tangannya. Pun dengan Asma binti Abu Bakar radhiyallahu ‘anha. Selain biasa mengaduni tepung dan mengerjakan urusan rumah tangga lainnya, ia bahkan biasa mengurus dan memberi makan kuda milik suaminya.

Jadi, isteri berkewajipan melakukan tugas untuk melayani suaminya dan mengurus rumah tangga sesuai dengan fitrahnya dan ‘urf masyarakat Islam dari generasi ke generasi. Adapun apakah tugas itu kemudian didelegasikan kepada khadimat (pembantu rumah tangga) atau dikerjakan bersama dengan suaminya, hal itu boleh-boleh saja bahkan lebih baik jika kemampuan kewangan keluarga memungkinkan sehingga kudrat suami istri mampu disalurkan untuk hal-hal yang lebih strategik misalnya dakwah dan perjuangan membela Islam.

(Sumber: Web Muslimah, di petik dari Fatwa-Fatwa Kontemporer oleh Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan