Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh SESB?

4:43pm 22/11/2016 Leolerry Lajius 55 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mencadangkan agar pihak yang berwajib mengambil langkah penyelesaian mengenai masalah gangguan bekalan elektrik di negeri ini yang kerap berlaku.

ADUN Kuala Penyu Limus Jury berkata, isu gangguan bekalan elektrik ini merupakan satu masalah yang serius dan perlu langkah penyelesaian segera.

“Kita ingin tahu apakah punca sebenar dan apakah masalah yang dihadapi oleh Sabah Electricity SDN BHD (SESB) dan apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini serta apakah Indeks Pentunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan kepada pengurusan SESB ditepati.”

“Saya juga mohon penjelasan mengenai ‘System Average Interruption Duration Index’ (SAIDI) di Sabah pada masa ini dan berapakah jumlah atau kadar sasaran pengurangan ditetapkan Kerajaan Negeri serta bajet yang disediakan untuk tujuan berkenaan,”katanya ketika membahaskan bajet Sabah tahun 2017 ketika persidangan DUN yang ke-14 Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau juga turut menyeru agar pembinaan jambatan Menumbok- Labuan disegerakan kerana ia menjadi pemangkin kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi setempat.

“Kajian awalan mengenai pembinaan jambatan ini telah lama disiapkan dan kita ingin mendapatkan kepastian mengenai status terbaru cadangan pelaksanaan projek ini.”

“Jambatan ini tidaklah panjang hanya 13 kilometer berbanding jambatan Pulau Pinang iaitu sepanjang 24 kilometer,”katanya.

Limus turut memohon Menteri Pembangunan Infrastruktur agar dapat menyemak cadangan membina jalan raya dari Kuala Penyu ke Kimanis yang melibatkan laluan sepanjang 30 kilometer.

“Pada tahun 2015, saya telah menerima surat dari Menteri Kerja Raya Malaysia yang mengesahkan bahawa projek ini telah diluluskan dalam RMK-11, iaitu untuk tujuan reka bentuk dan kerja-kerja awalan dahulu.”

“Tetapi selepas hampir 2 tahun, saya masih belum mendapat apa-apa makluman mengenai status terkini projek ini,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan