Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Apa yang dijanjikan oleh Parti Warisan kepada orang muda adalah harapan palsu-Khairy

PENAMPANG: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan apa yang dijanjikan oleh Parti Warisan Sabah kepada orang muda adalah harapan palsu.

Menurut beliau, Warisan lantang memperjuangkan akan membawa perubahan namun ketika ini perubahan yang diperjyangkan parti berkenaan,telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam pelbagai aspek.

“Perubahan yang kita sebut ini sedang berlaku dan kita bukan sahaja melihat pembinaan lebuh raya Pan Borneo sedang dijalankan tapi dari segi pengumuman belanjawan baru-baru ini kita melihat Sabah mendapat peruntukan yang cukup besar.”

“Ini bukan janji manis tetapi ia adalah realiti yang dibuat untuk Sabah amnya,”katanya ketika ditemui media selepas Majlis TN50 Piba’Asan Miampai Menteri Belia dan Sukan, di Monsopiad Heritage Village, hari ini.

Beliau turut menyatakan, tidak boleh disimpulkan bahawa belia tidak lagi bersama kerajaan kerana belia sentiasa melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan.

“Melalui program yang kita anjurkan pada hari ini, walaupun ia bukan program politik, kita dapat melihat penglibatan daripada belia.”

“Daripada memberi kepercayaan kepada satu parti yang tidak dapat dibuktikan pencapaiannya, saya percaya anak muda akan beri sokongan kepada Barisan Nasional,”katanya.

Mengulas mengenai program berkenaan, menurut Khairy, ia merupakan satu langkah untuk mendengar aspirasi masyarakat pedalaman terutama sekali masyarakat Kadazandusun dan belia Sabah amnya.

“Saya lihat usaha yang kita lakukan ini membuktikan tiada belia di Sabah yang ditinggalkan sebab itu kita anjurkan program ini untuk mendengar sendiri aspirasi mereka,”katanya.

Antara aspirasi yang disuarakan oleh para belia dalam program berkenaan adalah penyelesaian isu pendatang tanpa izin, isu kesihatan, isu pembangunan, isu pendidikan serta pembangunan sukan di kawasan pedalaman./SayangSabah

Khairy (tengah) mengambil gambar bersama belia yang hadir sempena program berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan