Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Apa sahaja kerusi yang diberi kepada PBS, kita berjanji boleh menang

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.-Gambar Oleh Alex Mairin
Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.-Gambar Oleh Alex Mairin

PENAMPANG: “Apa sahaja kerusi yang diberi kepada PBS, kita berjanji dan yakin kita boleh menang untuk Barisan Nasional.”

Demikian ungkapan Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili ketika mengulas mengenai 13 Dewan Undangan Negeri yang baru semasa menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Pergerakan Pemuda dan Wanita di Hongkod Koisaan Penampang, hari ini.

“Kesemua kawasan itu PBS layak untuk bertanding kerana kita merupakan parti pelbagai kaum dan boleh mewakili setiap kaum atau agama yang terdapat di negeri ini.”

“Tetapi dalam Barisan Nasional, perkongsian kuasa itu adalah amalan kita dan kita akui itulah kekuatan kita yang telah kita amalkan sejak dari dulu,’katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, dengan adanya sokongan daripada pemuda dan wanita PBS, parti itu yakin bahawa pilihan raya akan datang PBS akan membantu BN untuk mendapatkan kemenangan.

“Dengan adanya bantuan daripada Pemuda dan Wanita PBS serta hasil daripada pengajaran ketewasan kita pada pilihan raya yang lalu, kita yakin dengan usaha dan kerja keras kita mampu memenangi kerusi yang kita tandingi,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, jentera PBS juga akan membuat aktiviti turut padang untuk memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu-sisu yang berlaku d negeri dan negara khususnya di samping sebagai platfrom untuk melihat masalah rakyat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Maximus (tengah) bersama barisan kepimpinan PBS sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Maximus (tengah) bersama barisan kepimpinan PBS sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan