Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Apa itu Bobolian-ringkasan

Bobohizans dari Putatan circa 1921 dan bobolian dari Kota Belud, Aman Sirom Simbuna
Bobohizans dari Putatan circa 1921 dan bobolian dari Kota Belud, Aman Sirom Simbuna

Bobolian atau bobohizan adalah salah satu tokoh yang paling penting dalam masyarakat Kadazandusun- Murut  pada zaman dahulu kala. Mereka tidak terbatas kepada satu jantina tetapi kebanyakan mereka adalah wanita. Bobolian memainkan banyak peranan, termasuk sebagai orang tengah antara dunia roh dan dunia ini.

Mereka juga mengetahui tentang ubat-ubatan tradisi termasuk herba yang selalu didapati di pinggir hutan.  Pengetahuan tentang ubat-ubatan ini di turunkan kepada mereka oleh Bobolian yang terdahulu. Pengetahuan ini ada lah khazanah turun temurun.

Bobolian memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dari hari kelahiran mereka hingga hari mereka mati. Permulaan hidup seseorang akan di sambut oleh Bobolian dan pemergian nya semasa hembusan nafas terakhari akan di iringi Bobolian juga.

Bobolian sering menjadi bidan untuk ibu-ibu yang akan bersalin. Beliau sangat mahir dalam mengetahui kedudukan bayi dan membantu ibu melahirkan dan memastikan semua berjalan lancar . Kemudian beliau juga akan memberikan ubatan herba kepada ibu untuk memastikan kesihatannya sentiasa baik semasa dalam pantang.

Dalam pada itu, beliau juga akan menyediakan ubat  untuk pusat bayi. Apabila bayi berusia beberapa bulan, dia akan membawa bayi ke luar rumah dan memberitahu roh-roh tentang kehadiran bayi tersebut.

Bobolian juga memainkan peranan sepanjang pertunangan dan perkahwinan seseorang.  Bobolian akan hadir untuk memastikan bahawa tidak ada roh-roh jahat datang dengan tetamu. Pada zaman dimana perkahwinan diatur oleh keluarga lelaki dan perempian,  Bobolian itu akan melihat keserasian kedua mereka melalui mimpi.

Sesetengah mimpi boleh diterjemahakan sebagai petanda buruk dan pertunangan itu dibatalkan atau sekurang kurangnya di tunda.  Mimpi juga boleh memfirasatkan perkahwinan yang bahagia dan hari bahagia itu akan dipilih untuk upacara perkahwinan.

Apabila seseorang itu mati, Bobolian juga akan hadir. Beliau akan memandikan si Balu supaya tidak di kacau roh roh yang jahat. Dia akan juga hadir pada hari mobpisok atau ‘makan malam terakhir untuk simati’ di mana dia akan menentukan sama ada semangat si mati telah datang untuk menjamu selera.

Hari berikutnya dia akan melakukan upacara ‘modsuut’ di mana dia akan turun ke alam roh untuk melihat si mati, dan membawa bersama hadiah beliau dari dunia ini kepada ‘orang’ di sana. Dia akan memberitahu kepada simati bahawa sesungguhnya mereka di dunia yang lain. Kemudian beliau akan kembali ke dunia ini sebelum ‘pintu pagar besar’ ditutup.

Saat ini,  Bobolian lebih dikenali dengan peranan mereka dalam Pesta Menuai; upacara penenteraman semangat padi dan upacara-upacara berkaitan.

Perlu dinyatakan bahawa ilmu-ilmu dan pengetahuan Bobolian hampir pupus dan bilangan mereka yang berpengetahuan sedemikian sudah berkurangan. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan