Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANWAR PRESIDEN, AZMIN TIMBALAN: PKR SEPANGGAR

Dr Roland Chia. Gambar fail SNT

KOTA KINABALU: Ketua Cabang PKR Sepanggar, Dr Roland Chia menyeru kepimpinan Parti Keadilan Rakyat untuk bersatu hati mengangkat gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali sebagai presiden dan timbalan presiden.

Menurut beliau, PKR beruntung kerana memiliki kepimpinan yang wibawa, setia dan berpengalaman seperti Azmin Ali yang tidak pernah lari dari gelora perjuangan reformasi.

Mantan Ahli Dewan Undangan Inanam itu berkata Azmin memiliki semua ciri-ciri kepimpinan untuk menerajui PKR sebagai sebuah parti masa depan dan bakat serta potensi kepimpinan seperti ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

“Namun, dalam kerangka pemilihan parti, kita harus menjamin keutuhan muafakat demi perpaduan parti. Hanya melalui muafakat ini, PKR mampu menjadi parti terkuat dalam Pakatan Harapan,” katanya hari ini.

“Harapan saya, gandingan ini akan berjaya menerajui PKR sebagai sebuah parti politik terulung di Malaysia,” tambahnya lagi.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan