Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anwar, Najib kes berbeza, kata Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto Bernama

 

KUALA LUMPUR – Dalam temu bual dengan The Edge Weekly, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak berbeza sama sekali.

Dr Mahathir menjelaskan, salah laku Najib telah didokumentasikan oleh media dan semua orang telah bercakap mengenainya sejak sekian lama.

Bagaimanapun, dalam kes Anwar, Dr Mahathir berkata, beliau menerima maklumat daripada polis maka itu kedua-dua keadaan itu berbeza sekali.

“Dalam kes Anwar, saya diberitahu oleh pihak polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu dari sumber awam.

“Media dan semua orang mengatakan beliau merosakkan banyak perkara. Jadi, dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza dengan kes Anwar,” katanya.

Anwar adalah timbalan Dr Mahathir pada 1990-an sebelum beliau dipecat dari Kabinet dan dipenjarakan atas dakwaan meliwat.

Susulan itu, kedua-dua pemimpin itu bermusuhan selama bertahun-tahun sehingga pada 2016, Dr Mahathir meninggalkan Umno dan menyertai pakatan pembangkang yang kini telah menawan Putrajaya.

Najib pula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan disahkan oleh Dr Mahathir.

Bagaimanapun, bermula 2015, keretakan mula berlaku di mana Najib dikritik dari segenap sudut sama ada dari dalam atau luar negara, termasuk bekas mentornya sendiri, Dr Mahathir.

Ditanya sama ada sukar bagi beliau mengambil tindakan terhadap Najib, memandangkan hubungannya dengan bekas-bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua negara, Dr Mahathir mengakui beliau telah melantik Najib kerana dia merasa terhutang budi kepada Razak.

“Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi perdana menteri (kali pertama pada 1981). Tun Razak sebenarnya memberitahu Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn bahawa ketika dalam kesulitan, hubungi saya (Dr Mahathir).

“Jadi, apabila beliau diarah untuk memilih tiga Naib Presiden Umno, dia memilih saya ketika itu.

“Begitulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, jadi saya berhutang kepada Tun Razak. Saya fikir Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi saya salah,” katanya. – SinarHarian Online

Komen


Berita Berkaitan