Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANUGERAH SERASI PERLU LIBATKAN PRASEKOLAH

Pengurus Besar Shell Middle Distillate Synthesis (MDS) Malaysia Tom Wong (tiga kiri) menyerahkan replika cek kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah Tunku Khalkausar Tunku Fathahi (tiga kanan) sambil disaksikan oleh Christina (tengah). Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan menyeru agar pelaksanaan program Anugerah Rakan Sekolah Alam Sekitar (Serasi) diperluaskan lagi dengan melibatkan murid prasekolah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata cadangan berkenaan adalah bagi memupuk kesedaran dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bermula dari kecil lagi.

“Serasi adalah satu bentuk pengiktirafan kepada usaha murni pihak sekolah di Sabah yang telah sekian lama mengamalkan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Penilaian dibuat terhadap usaha berterusan pihak sekolah dalam pemuliharaan alam sekitar yang dinilai dari segi pengurusan alam sekitar, aktiviti kesedaran alam sekitar, penghijauan sekolah, inovasi alam sekitar, kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah serta tandas yang bersih dan ceria.

“Namun, pada ketika ini, Serasi hanya melibatkan sekolah-sekolah rendah dan menengah sahaja. Oleh itu, adalah lebih baik jika program ini turut dilaksanakan diperingkat prasekolah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penyerahan cek daripada Shell Malaysia kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah sejumlah RM100,000 sebagai sumbangan penganjuran Serasi sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2018 Peringkat Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya bagi memperluaskan lagi program Serasi kepada prasekolah, pelan program tersebut perlu ditambahnilai untuk penganjuran akan datang.

Tambahnya bagi cadangan tersebut juga memerlukan dana kira-kira RM1 juta untuk penganjuran berkenaan.

“Saya yakin dengan penganjuran Serasi kali ke-10 ini telah memberi manfaat kepada para peserta.

“Jadi, untuk tahun hadapan, kita akan dapat membuka penyertaan dari murid-murid prasekolah melalui dana tersebut,”jelasnya. -SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan