Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2015

Peter Nansian (dua dari kiri) dan Roselan Johar (tengah) bergambar bersama penerima APEA dari Sabah dan Labuan. Dari kiri Junaidi, Frankie Liew, Harris, Wan Nurmuhammad dan Zailani di majlis penganugerah itu.
Peter Nansian (dua dari kiri) dan Roselan Johar (tengah) bergambar bersama penerima APEA dari Sabah dan Labuan. Dari kiri Junaidi, Frankie Liew, Harris, Wan Nurmuhammad dan Zailani di majlis penganugerah itu.

KOTA KINABALU: Naib Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China Cawangan Sabah Datuk Frankie Liew Chun Kim telah dipilih menerima Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2015 yang berlangsung di Miri Marriott Resort & Spa Sarawak.

Beliau merupakan salah seorang daripada 16 usahawan dan pengusaha dari kawasan Pertumbuhan Asean Timur  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) yang diberi penghargaan menerima anugerah itu.

Frankie yang juga Presiden Dewan Perniagaan Cina Putatan dan Pengarah Urusan Tukim Enterprise Sdn.Bhd menerima anugerah bagi kategori Most Promising yang telah disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Perindustrian  dan Perkhidmatan Komuniti, Sarawak, Datuk Peter Nansian anak Ngusie.

Turut hadir ialah Pengerusi BIMP-EAGA Business Council, Datuk Roselan Johar Mohamed dan President Enterprise Asia, Dato’ William Ng.

APEA merupakan program penganugerahan berprestiz untuk usahawan dan pengusaha yang telah menyumbang dalam kemajuan dunia perniagaan dan perusahaan di negara masing-masing.

Anugerah itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Enterprise Asia yang fokus untuk mempromosikan pengusaha-pengusaha di kawasan regional Asia Pacific

Selain Frankie, 2 usahawan lain dari Sabah 4 dari Wilayah Persekutuan Labuan turut dipilih menerima APEA. Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petrohub Corporation Sdn.Bhd, Datuk Haji Junaidi Datuk Haji Abdul Rahman bagi kategoti “Outstanding” dan CEO Teras Eramaju Sdn.Bhd, Wan Nurmuhammad Wan Mustafa (kategori “Most Promising”).

Penerima dari Labuan bagi kategori “Outstanding” ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asian Supply Base Sdn.Bhd, Dato Haji Harris Haji Annuar Tan, Pengurus Besar dan Pengasas (General Manager & Founder) Leyden Engineering Service, Anthony Ho Yen Teng, CEO Preston Shipyard Sdn.Bhd, Zailani Mansor dan Pengasas dan Pengarah TOS Logistics & Shipping Sdn.Bhd, William Yong Siew Hung (kategori “Most Promising”).

Penerima lain APEA ialah Pengasas dan Pengarah Urusan  LCY Development Sdn.Bhd, Francis Lau, President Oceancara Corporation Sdn.Bhd, Datuk Balang Rining (Nelson), President Aziza Paradise Hotel, Benedict Rocho Dy Tecklo, Director Eustolia Marketing Services Sdn.Bhd (EMS), Lhai D.Santiago, Pengasas dan Pengarah Utusan Kumpulan  HMN Nadhir Sdn.Bhd, Awang Habiburllah Haji Awang Ismail, Pengarah Urusan Hydro-Icon Sdn.Bhd, Bobby Ting Sie Ching, Pengarah Urusan Misarma Enterprise Sdn.Bhd, Tang Siong Chung, Pengurus Besar Rajang Port Authority, Helen Lim, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Seri Wangsa Sdn.Bhd, Hong Boon Swee.

Frankie Liew ketika ditemui berkata, anugerah itu amat bermakna bagi dirinya kerana setelah jatuh dan hampir tewas dalam dunia perniagaan akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sebelum ini, beliau berjaya bertahan dan bangun semula sehingga mencapai tahap hari ini.

“Kejayaan dan anugerah yang diterima ini bukan untuk diri saya secara individu, tetapi semua ini adalah hasil daripada usaha, komitmen dan dedikasi daripada seluruh kakitangan syarikat yang terus bersama saya walaupun semasa kegawatan ekonomi”, katanya.

Beliau turut menasihatkan generasi muda yang menceburi bidang perniagaan agar bermula dari bawah dan secara kecil-kecilan, selain jujur, ikhlas, berdaya tahan dan bersungguh-sungguh dalam perusahaan yang diceburi.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan