Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anugerah Harta Intelek Negara asah inovasi pelajar

Sha Gek (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Harta Intelek Kategori Perekacipta Muda Harta Intelek dari SMK Bandaraya, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Sha Gek (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Anugerah Harta Intelek Kategori Perekacipta Muda Harta Intelek dari SMK Bandaraya, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Penganjuran Anugerah Harta Intelek Negara mampu meningkatkan inovasi dan minat menceburi bidang reka cipta dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Pengarah Perbadanan Harta Intelek Negara (MyIPO) Cawangan Sabah, Law Sha Gek berkata, pihaknya yakin para pelajar mempunyai pelbagai idea, namun mereka memerlukan platform khas untuk mengetengahkan rekaan masing-masing.

“Justeru, pertandingan ini, merupakan tempat mereka untuk mengasah bakat mereka dalam bidang reka cipta. Kita mengadakan acara ini setiap tahun mengikut zon dan pemenang pertama akan bertanding di peringkat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Anugerah MyIPO di sini hari ini.

Pertandingan kali ini dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya yang diwakili oleh Waldo Michael, Elsie Marianne Wilfred dan Ainelly Ajuin, dengan hasil  reka cipta Touch Sensor Swicth.

Sha Gek berkata, sebanyak 30 penyertaan diterima oleh pihak MyIPO dalam pertandingan tahun ini manakala enam finalis terpilih untuk bersaing di peringkat akhir.

Ditanya sama ada pemenang boleh mendaftar bagi hak cipta, beliau memberitahu mereka boleh memfailkan patern masing-masing di MyIPO, namun tidak termasuk kos yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan