Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Antabax, Servay lancar kempen ‘ Sabah Cergas Bersama Antabax dan Servay’

3:43pm 11/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
Dari kiri Judy, Jamal, Jan, Paul dan Mandy semasa pelancaran kempen 'Sabah Cergas Bersama Antabax dan Servay'

Dari kiri Judy, Jamal, Jan, Paul dan Mandy semasa pelancaran kempen ‘Sabah Cergas Bersama Antabax dan Servay’

PUTATAN- Antabax sekali lagi bekerjasama dengan peneraju syarikat peruncitan di Sabah, Pasar raya Hiper Servay menganjurkan kempen ‘ Sabah Cergas Bersama Antabax dan Servay’ dalam membantu Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Humana Sabah.

Kempen tersebut akan berlansung bermula semalam (10 Jun) sehingga 9 September ini.

Menurut Pengurusan Kanan Jenama, Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, Divisyen Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee, sebanyak lima peratus daripada hasil jualan semua produk Antabax di kesemua Cawangan Servay yang nengambil Bahagian akan disalurkan ke pusat tersebut.

“Antabax ingin membantu pelbagai organisasi di seluruh negara serta membawa perubahan positif kepada kehidupan golongan yang memerlukan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena pelancaran kempen ‘ Sabah Cergas Bersama Antabax dan Servay’, di sini, hari ini.

Tambahnya, Antabax turut fokus dalam menggalakkan gaya hidup aktif untuk menjadi rakyat yang sihat.

” Kami sentiasa mencari organisasi untuk dibantu kerana Antabax percaya dengan usaha menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan,” katanya.

Sehubungan itu, Pengarah Eksekutif Humana, Jan Mohd Khan berkata hasil daripada kempen itu akan digunakkan untuk menaiktaraf pusat pembelajaran kanak-kanak.

“Dana yang dikumpul akan digunakkan untuk memberi papan putih baharu di Pusat pembelajaran terbaik, malah ia adalah demi kesejahteraan dan kesihatan guru serta pelajar, memandangkan debu kapur tulis boleh membahayakan kesihatan mereka.

” Dana ini juga akan digunakan untuk membeli peralatan sukan di pusat tersebut, sekali gus menggalakkan gaya hidup aktif dan kehidupan yang lebih sihat.

Pertubuhan Bantuan Kanak-kanak Humana Sabah merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak tahun 1991.

Pertubuhan itu berhasrat untuk memberi peluang kepada kanak-kanak kurang Bernadine baik di kawasan pendalaman Sabah dalam mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

Sehingga kini, Humana Sabah mempunyai lebih kurang 13,000 orang pelajar dan 140 buah Pembelajaran Humana di seluruh negeri ini.

Hadir sama,  Pengurus Besar Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Paul Voo, Pengurus Jualan Soon Edible Oils Sdn Bhd, Chong Yu Kau, wakil Pasar Raya Hiper Servay, Judy Moh dan Ahli Exco Eksekutif, Dr Jamal Katsari. -Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan