Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Annas gabenor buas

annas

Annas gabenor buas

Jakarta: Annas Maamun baru enam bulan menjadi Gabenor Riau namun tempoh itu sudah cukup meletakkannya menjadi tokoh penuh kontroversi.

Sebelum dikaitkan dengan tuduhan mencabul anak wakil rakyat, Annas juga didakwa pernah melakukan pelbagai aksi melampau.

Annas dilantik ke jawatan gabenor pada 19 Februari lalu bagi menggantikan Rusli Zainal yang kini terperuk di dalam penjara kerana terbabit dalam kes rasuah.

Berikut adalah lapan skandal yang dikatkan dengan Annas.

 

  • Menggoda pembantu rumah

Ketika menjadi Ketua Daerah Rokan Hilir, Annas pernah meminta amahnya mengurut badan kerana kepenatan. Amah itu yang berusia 52 tahun berkata, pada peringkat awal ia adalah proses urutan biasa namun tidak lama kemudian ia melarat kepada aksi lebih panas.

Kata amah itu, dia pernah melayani nafsu Annas sekurang-kurangnya dua kali.

 

  • Memaki wartawan

Laporan media mendakwa Annas membina empayar politik menyebabkan gabenor berusia 74 tahun berkenaan berang.

Media turut melaporkan sejumlah anak dan saudaranya dilantik ke jawatan penting di Riau.

Dalam lawatannya ke pejabat Komisi Pemilihan Umum Riau pada 17 April lalu, Annas ditanya mengenai isu berkenaan.

Tanpa memberi penjelasan, gabenor ke-14 Riau itu sebaliknya mengherdik wartawan dengan kata-kata kasar dan lucah.

 

  • Ijazah palsu

Selepas dituduh membina empayar politik keluarga Annas diperkatakan apabila anaknya, Erianda, yang dilantik sebagai timbalan ketua daerah Rokan Hilir memiliki ijazah palsu untuk melayakkannya menjawat tugas berkenaan.

Erianda dilantik ke jawatan itu oleh oleh Annas 12 Julai 2014.

Pelantikan itu dicadang oleh Parti Golkar sebagai parti yang memenangi pemilihan untuk jawatan itu.

 

  • Mengabaikan surat teguran menteri

Bekas Menteri Dalam Negeri Syarwan Hamid mengirim surat teguran kepada Annas. Sebagai gabenor Syarwan tidak senang dengan kelakuan Annas yang mentadbir wilayah itu mengikut kemahuannya saja.

Di sebalik teguran itu, Annas mengabaikan nasihat diberi dengan alasan dia sibuk bekerja.

 

  • Mahasiswa dan al-Quran

Ketika Annas hendak berpidato sempena Perhimpunan Khas Ulang Tahun ke-57 Riau pada 9 Ogos lalu, tiga mahasiswa datang menyerbu untuk cuba menyerahkan al-Quran kepadanya.

Mahasiswa terbabit berhajat mengingatkan Annas supaya banyak membaca kitab suci itu namun sempat ditahan pasukan keselamatan.

Sebaliknya Annas berkata, mahasiswa itu perlu mengkaji al-Quran lebih rajin daripada dirinya.

“Saya membaca al-Quran setiap Subuh sejak 1984,” katanya.

 

  • Memukul menantu

Bekas menantu Annas, Ulfa Dayani, mendakwa dia pernah dipukul pada 2012 kerana mahu bertemu dua anak kandungnya. Selain sentiasa dihalang, Ulfa berkata, Annas pernah menawarkan Rp700 juta (RM188,790) supaya memutuskan hubungan dengan anaknya, namun ditolak.

 

  • Pengakuan bekas isteri Ketua DPRD Dumai

Pada 25 Julai lalu, bekas isteri Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Dumai, Riau, mendakwa Annas mencabulnya ketika mereka bertemu membincangkan masalah rumah tangga. Kata wanita terbabit kejadian berlaku di rumah peribadi Annas di Pekanbaru.

 

  • Pengakuan anak bekas anggota Dewan Perwakilan Daerah

Remaja dikenali sebagai WW mendakwa bertemu Annas untuk membincangkan cadangan sekolahnya dan gabenor itu menunjukkan sokongan. Kata bapa mangsa, Annas berjanji melantik WWsebagai pembantu khas gabenor.

Selepas berbual, WW mendakwa Annas memaksanya memegang kemaluan gabenor terbabit.- Agensi

Komen


Berita Berkaitan