Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anjing Liar Balas Dendam Rosakkan Kereta

anjing

SHIJIAZHUANG (China) – Sekumpulan anjing liar bertindak membalas dendam dengan merosakkan kereta milik seorang lelaki yang menghalau haiwan itu dari tempat letak keretanya.

Kejadian berlaku di sebuah apartmen di sini apabila lelaki itu berang selepas mendapati ada sekumpulan anjing liar tidur di tempat letak keretanya.

Lelaki itu kemudian dilaporkan menendang dan menghalau anjing itu dari tempat letak keretanya.

Selepas meletakkan keretanya di parkir itu, lelaki berkenaan terus masuk ke dalam apartmennya.

Bagaimanapun, anjing liar yang dihalau lelaki itu kembali ke tempat letak kereta itu dan terus merosakkan kenderaan berkenaan.

Aksi kumpulan anjing liar mengerumuni kereta Volkswagen berkenaan berjaya dirakam seorang penduduk.

Dalam rakaman itu, seekor anjing dilihat menggigit bahagian badan kereta berkenaan sehingga kemek.

Seekor lagi anjing dilihat mematahkan pengelap cermin dan ada yang mencakar badan kereta itu sehingga calar. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan