Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anita: Golongan wanita perlu diberi peluang untuk menjadi pembuat keputusan

8:10pm 08/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 30 views Berita Pilihan,Tempatan,Wanita,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Anita ( tengah ) bersama dif- dif jemputan memotong kek Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah

Anita ( tengah ) bersama dif- dif jemputan memotong kek Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Sabah

KOTA KINABALU- Golongan wanita perlu diberi peluang untuk memegang jawatan yang lebih tinggi dan bersesuaian demi merealisasikan agenda pengupayaan dan pemerkasaan wanita di negara ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid berkata, peratusan wanita sebagai pembuat keputusan dalam Sektor Awam khususnya telah menurun kepada 6.8 peratus berbanding 7.9 peratus pada tahun lalu.

“Dasar 30 peratus itu bukanlah angka yang menjejaskan dan menakutkan kedudukan jantina jika benar suara- suara wanita di ambil perhatian,”katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Anita Baranting semasa merasmikan Seminar Sayangi Dirimu sempena Hari Wanita Antarabangsa 2016 di Wisma Wanita, pagi tadi.

Katanya, Malaysia berada di kedudukan yang terendah dengan 56 markah melalui Analisis dan statistik Gender Equity Index (GEI) terbitan OECD Development Centre pada tahun 2012 berbanding beberapa negara lain seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Kita melihat masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan ke arah mencapau kesaksamaan gender selain penyertaan negara dalam meratrifikasi undang- undang di peringkat antarabangsa iaitu penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita,”tegasnya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, kedudukan Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam bidang pendidikan dengan perolehan 98 markah manakala bagi pemerkasaan gender dan penyertaan dalam bidang ekonomi masing-masing mendapat 31 serta 40 markah.

Sementara itu, Hari Wanita Antarabangsa ( IWD ) diraikan seluruh dunia bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang.

Sambutan IWD di Sabah dijalankan serentak dengan peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuching, Sarawak dengan tema tahun ini adalah “Pledge For Parity” atau Kesaksamaan Gender.

Hadir sama, Pengerusi Penasihat Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Hajjah Mariati Robert dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Myrna Jimenez. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan