Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anifah Sumbang RM20,000 Kepada Kelab Media Di Sabah

11:56am 06/12/2015 Pak Roshan 17 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

anifahaman

KOTA KINABALU : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyumbang sebanyak RM10,000 masing-masing kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA).

Anifah berkata sumbangan berkenaan sebagai penghargaan terhadap peranan media dalam membuat liputan acara kementerian.

“Saya gembira dengan liputan yang diberikan kepada kami (Kementerian Luar). Anda (media) sangat profesional dalam memastikan ketepatan fakta diutamakan,” katanya pada majlis makan malam bersama media Sabah di sini Sabtu malam.

Anifah mengakui peranan penting yang dimainkan media dalam menyalurkan fakta kepada orang ramai mengenai isu-isu yang menjadi perhatian negara.

Katanya, hubungan kementerian dengan media membolehkan maklumat dapat dikongsi kepada orang ramai.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan