Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angkatan Tentera Campuran juara

Antara aksi perlawanan dua pasukan yang memulakan pertandingan itu di Dewan Masyarakat Semporna.
Antara aksi perlawanan dua pasukan yang memulakan pertandingan itu di Dewan Masyarakat Semporna.

SEMPORNA – Pasukan Bola Tampar  Lelaki Angkatan Tentera Campuran Semenanjung  muncul juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Terbuka Semporna 2014 selepas menewaskan pasukan PASAKAT Lahad Datu dengan 25-18 dan 25-22.

Sementara bagi kategori wanita dimenangi pasukan bola tampar wanita Angkatan Tentera Malaysia Semenanjung yang menewaskan pasukan 4BY4 Tawau dalam permainan straight set, 25-20 dan 26-24.

Kejohanan selama lima hari anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Sabah Daerah Semporna dengan  Pasukan Bola Tampar GAGIL Semporna itu disertai sebanyak 26 pasukan dari Sabah, Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Nasir Sakaran (dua kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Pengerusi Penganjur Kejohanan,Baha Salasani (tiga kiri) dalam kejohanan itu di Dewan Masyarakat Semporna.
Nasir Sakaran (dua kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Pengerusi Penganjur Kejohanan,Baha Salasani (tiga kiri) dalam kejohanan itu di Dewan Masyarakat Semporna.

Penyampaian hadiah dan majlis perasmian penutupan kejohanan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang yang juga Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Datuk Nasir Sakaran.

Dalam ucapannya, Nasir memberitahu, pembabitan belia dalam aktiviti sukan dan rekreasi mampu membantu mereka mengamalkan gaya hidup cergas, sekaligus mengelakkan diri daripada terjerumus dengan gejala negatif. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan