Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angkat aspirasi golongan muda di Parlimen – Mandela

Swady (kiri) memberi penerangan ringkas mengenai pengoperasian Pusat Media KKMM kepada Mandela (dua dari kanan) dan Almain (tengah).

Kota Kinabalu : Tidak dinafikan kemunculan muka baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mencuri tumpuan umum, antaranya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Penampang, Ceasar Mandela Malakun, 28.

Anak muda berasal dari Kg Limbanak Penampang itu merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Queen University of London, mempunyai karisma tersendiri, mesra media dan petah berhujah di khalayak.

Ditanya mengenai sambutan pengundi, beliau menyatakan sokongan padu daripada pengundi baharu meningkat dan berpihak kepada BN berbanding PRU sebelumnya.

“Usia bukanlah ukuran, walaupun berdepan dengan calon yang lebih senior, saya didampingi rakan seperjuangan yang berpengalaman serta sokongan rakyat yang sentiasa memberi sokongan padu.

“Selama lima tahun ini, jentera parti telah bertungkus-lumus turun padang untuk mendengar denyut nadi serta suara hati rakyat dan kita dapati jumlah sokongan pengundi meningkat berbanding sebelumnya.

“Pada PRU lepas, kita mengalami kekalahan dengan majoriti 10,300 undi. Bagaimanapun, dalam daftar pemilih hari ini, terdapat lebih 9,000 pengundi baharu jadi harapan untuk menawan semula kerusi Penampang masih ada,” ujarnya dengan tenang.

Berkaitan hala tuju jika diberi mandat, Mandela menjelaskan aspirasi golongan muda akan menjadi keutamaannya bukan sahaja mengangkatnya ke Parlimen tetapi juga memastikan permintaan rakyat ditunaikan.

“Berdasarkan Program Jelajah TN50 yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia, kita dapati idea serta aspirasi golongan muda diperlukan untuk mencorak masa depan rakyat serta negara,” katanya.

Mandela ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media PRU14 kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah, diiringi Timbalan Ketua Pengarah JAPEN, Datuk Almain Ajirul serta Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling pada Selasa di Kompleks Kemeneterian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)./Penerangan-

Mandela menunjukkan fotonya yang tertera dalam Pusat Media KKMM.

Komen


Berita Berkaitan