Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ANGKASA meluaskan perniagaan ke Sabah dan Sarawak

7:13pm 29/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 254 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan
Kamarudidin (kiri) dan Salmah (kanan) menandatangani MoU dan disaksikan oleh Tawfiq (tengah belakang) dan Fattah serta dif-dif jemputan yang lain

Kamarudidin (kiri) dan Salmah (kanan) menandatangani MoU dan disaksikan oleh Tawfiq (tengah belakang) dan Fattah serta dif-dif jemputan yang lain

KOTA KINABALU- MyAngkasa Services Sdn Bhd (MSSB) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Koperasi Link Jaya (Sabah) Sdn Bhd (KLJ) bagi mengembangkan perniagaan dan pasaran produk ANGKASA di Sabah dan Sarawak.

Presiden ANGKASA Malaysia, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, berkata tujuan pemeteraian MoU diantara ANGKASA dan KLJ adalah untuk membekalkan pakaian seragam sekolah pelajar, pakaian seragam Ko-Kom, peralatan dan alat tulis, bag dan baju sekolah serta air minum botol kepada KLJ.

“Pihak ANGKASA menjadikan KLJ sebagai platform bagi memasarkan produk-produk tersebut di seluruh negeri Sabah dan Sarawak”, ujarnya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) MyANGKASA Services Sdn Bhd dan Koperasi Link Jaya Sabah Berhad di Hotel Ming Garden, di sini, petang tadi.

Disamping itu, Pengerusi KLJ (Sabah) Sdn Bhd, Salmah Haji Mohd Noor, KLJ juga akan membuka peluang perniagaan terutama kepada koperasi sekolah-sekolah, koperasi guru-guru dan pesara-pesara guru, koperasi-koperasi awam dan individu atau syarikat yang berkemampuan.

“Matlamat KLJ ialah untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa pelajar pada setiap musim persekolahan untuk mendapat keperluan persekolah seperti baju, kasut dan lain-lain dengan harga yang berpatutan disamping tidak mengenepikan kualiti produk”, katanya.

Menurut Salmah, terdapat lebih kurang 400 buah koperasi sekolah di seluruh Sabah dan Sarawak dan pihak KLJ menyasarkan lebih kurang 1,000 orang pelajar bagi setiap koperasi yang terlibat itu.

Dalam majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan telah hadir bagi menyaksikan dan merasmikan majlis menandatangani MoU tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah, Tuan Haji Umar Sarim Saidin, Pengerusi MyANGKASA Services Sdn Bhd, Dato’ Haji Kamaruddin Haji Ismail, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Sabah, Zainal Madi, Pengerusi Angkasa Sabah, Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Salleh dan Ahli Lembaga MSSB dan KLJ.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Tawfiq merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) MyANGKASA Services Sdn Bhd dan Koperasi Link Jaya Sabah Berhad di Hotel Ming Garden

Tawfiq merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) MyANGKASA Services Sdn Bhd dan Koperasi Link Jaya Sabah Berhad di Hotel Ming Garden

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan