Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angkara tiada kesepakatan dalam parti, 886 ahli Warisan sertai BN

Kudat : Seramai 886 ahli parti Warisan daripada 16 cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti Barisan Nasional (BN).

Mereka diketuai bekas Ketua Cawangan Parti Warisan Kg Pulau Maliangin, Usmar Uyul dan menyerahkan borang keahlian parti BN kepada Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Musa Aman di sini, pada Khamis.

Bercakap kepada media, Usmar mendedahkan, tiada kesepakatan dalam kalangan pemimpin parti sejak tahun 2016 menyebabkan beliau membuat keputusan keluar parti.

Kini, beliau serta rakan-rakannya menyatakan azam untuk memberi sokongan padu terhadap calon-calon BN termasuk calon BN bagi DUN Banggi, Datuk Mijul Unaini dan Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri pada hari mengundi, Isnin depan./Penerangan-

Musa (tengah) menyaksikan Usmar mengenakan baju kemeja-T BN sebagai tanda sokongan terhadap parti itu.

Komen


Berita Berkaitan