Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Angkara 2 beradik

9:53am 24/03/2016 Pak Roshan 12 views Global
IMEJ yang dirakam kamera keselamatan di Lapangan Terbang Brussels menunjukkan tiga suspek serangan berkenaan.

IMEJ yang dirakam kamera keselamatan di Lapangan Terbang Brussels menunjukkan tiga suspek serangan berkenaan.

Brussels: Ketua pendakwa raya Belgium semalam menamakan dua beradik sebagai pengebom berani mati yang menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam serangan paling buruk dalam sejarah Brussels.

Sementara itu, katanya, seorang lagi suspek utama masih diburu.

Serangan Selasa lalu di bandar yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU) dan NATO mencetuskan kejutan di Eropah dan seluruh dunia dengan pihak berkuasa bergegas mengkaji semula keselamatan di lapangan terbang dan kenderaan awam.

Ia juga membangkitkan semula kelemahan kerjasama keselamatan dalam kalangan negara Eropah.

Pendakwa raya itu memberi tahu sidang akhbar, Ibrahim El Bakraoui, 29, antara dua lelaki yang meletupkan diri mereka di lapangan terbang Brussels kelmarin, meninggalkan wasiat di dalam komputer peribadi yang dibuangnya dalam tong sampah di tempat persembunyiannya.

Dalam wasiatnya, Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai ‘sentiasa menyembunyikan diri, tidak tahu apa hendak dilakukan, diburu di mana, tidak lagi berasa selamat dan mungkin berakhir di sebelah orang di dalam penjara’ – merujuk kepada suspek pengebom Paris, Salah Abdeslam, yang ditangkap minggu lalu.

Adiknya, Khalid El Bakraoui, 27, meletupkan bom sejam kemudian di atas kereta api yang sesak berhampiran ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, kata pendakwa raya Frederic Van Leeuw.

Kedua-dua beradik itu yang dilahirkan di Belgium mempunyai rekod jenayah kerana merompak menggunakan senjata. Mereka bagaimanapun tidak dikaitkan dengan kumpulan militan sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan kira-kira 271 cedera dalam serangan itu, kata Van Leeuw.

Angka itu mungkin meningkat kerana sebahagian mangsa serangan di stesen metro Maelbeek berkecai dan mangsa sukar dicam. Beberapa mangsa yang terselamat juga dalam keadaan kritikal.

Pasangan adik beradik itu dicam menerusi cop jari mereka dan pada rakaman kamera keselamatan.

Pengebom kedua di lapangan terbang masih belum dikenal pasti sementara lelaki ketiga yang tidak dinamakan Van Leeuw, meninggalkan bom terbesar dan melarikan diri dari terminal sebelum letupan.

Media Belgium menamakan lelaki itu Najim Laachraoui, 25, anggota kumpulan pengganas Daish dan pembuat bom yang DNAnya ditemui pada dua talipinggang bom yang digunakan dalam serangan di Paris November lalu serta di rumah yang digunakan oleh Salah untuk bersembunyi sebelum ditangkap Jumaat lalu.

Beberapa laporan media menyatakan dia ditangkap di Anderlecht, pinggir Brussels tetapi kemudian berkata, lelaki itu bukan Najim.

Pengganas Daish yang berpangkalan di Syria mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu dengan mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Askar kerajaan khalifah melakukan serangan terhadap Brussels.” – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan