Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angka korban Rammasun meningkat kepada 10, ibu kota Manila lumpuh

Rammasun Manila

MANILA: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban manakala lebih 370,000 penduduk terpaksa dipindahkan apabila taufan paling ganas pada tahun ini membadai Kepulauan Filipina.

Menurut pihak berkuasa, pasaran kewangan juga lumpuh manakala pejabat dan sekolah terpaksa ditutup.

Taufan Rammasun, ribut terkuat dan paling ganas yang melanda negara itu pada tahun ini, akan melalui selatan Manila hari ini selepas merentasi pulau utama Luzon, yang mengakibatkan pokok tumbang manakala bekalan elektrik terputus.

Pengerusi Palang Merah Filipina, Richard Gordon, berkata terdapat kemusnahan kecil di bandaraya Batangas bagaimanapun anggota sukarelawan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan berkenaan.

“Kami belum menerima laporan banjir besar di ibu negara Manila kerana taufan berkenaan tidak membawa hujan tetapi angin kencang,” katanya. – REUTERS

Komen


Berita Berkaitan