Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Angka kematian meningkat 213

9:23am 05/07/2016 Pak Roshan 33 views Global
SEORANG lelaki meratap di tempat serangan berani mati di kawasan kejiranan Karada selepas menyedari anggota keluarganya antara yang terbunuh dalam kejadian itu.

SEORANG lelaki meratap di tempat serangan berani mati di kawasan kejiranan Karada selepas menyedari anggota keluarganya antara yang terbunuh dalam kejadian itu.

Baghdad: Angka kematian akibat serangan berani mati di kawasan komersial yang sibuk di bandar raya ini meningkat kepada 213 orang semalam.

Sementara itu, Perdana Menteri Haider al-Abadi mengarahkan kawalan keselamatan di seluruh ibu negara itu ditingkatkan.

Pengeboman awal kelmarin oleh kumpulan pengganas Daish ialah serangan terburuk di Iraq dalam masa setahun dan antara serangan paling ganas sepanjang 10 tahun.

Ia membuktikan keupayaan Daish untuk melancarkan serangan di bandar raya itu walaupun tewas dalam pertempuran di beberapa tempat lain, termasuk di Fallujah, baru-baru ini.

Kejadian itu juga meningkatkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan.

Penyerang meletupkan traknya yang sarat dengan bahan letupan di Karada, daerah yang majoriti penduduknya berfahaman Syiah dan tempat tumpuan orang ramai membeli-belah, khususnya menjelang hari raya.

Sehingga semalam, pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang dilapor hilang.

Kira-kira 200 orang juga cedera, kata pegawai yang enggan dikenali.

Haider melawat tempat kejadian beberapa jam selepas pengeboman itu, tetapi konvoinya dikepung dan dilontar dengan batu serta kasut.

Ramai yang memaki hamunnya dengan menggelarnya ‘pencuri.’ – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan