Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANGIN KUAT DI SABAH KESAN “EKOR” TAUFAN MANGKHUT PADA 14 SEPTEMBER

Kedudukan Taufan Mangkhut pada hari ini. Gambar SNT/Ehsan NOAA

KOTA KINABALU: Sabah akan terkena tempias Taufan Mangkhut apabila ia menghampiri kepulauan Luzon, Filipina sekitar 14 September dengan haluan ke arah China.

Pengarah Meteorologi Sabah, Azemi Daud berkata pencerapan pada 8 pagi, 11 September menunjukkan taufan yang sangat kuat itu dijangka bergerak ke barat dengan kelajuan 25 kmsj.

“Jangkaan ada sedikit kesan sampingan terutama dari segi penguatan angin baratan serta ombak meningkat di Laut China Selatan khasnya perairan Sabah,” katanya.

Azemi berkata pemantauan berterusan dan amaran awal akan dikeluarkan sekiranya perlu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan