Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Angin Kuat Dan Laut Bergelora Di Pantai Timur, Sarawak Dan Sabah

12:15pm 14/02/2016 Pak Roshan 437 views Isu Semasa,Mutakhir

angin

KUALA LUMPUR – Angin kuat dan laut bergelora di perairan pantai timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka berterusan dari Rabu hingga Jumaat ini.

Kawasan terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, timur Johor, Sarawak, Labuan dan Kudat serta pantai barat pedalaman Sabah.

Jabatan Metereologi berkata angin timur laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan yang berbahaya kepada aktiviti pantai dan perkapalan.

Ia berkata keadaan cuaca yang serupa turut dijangka berlaku di Samui, Tioman, Bunguran, Layang-Layang, Reef South, Kuching, Palawan dan Labuan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan