Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Angin Kencang Terbangkan Lebih 40 Khemah Bazar Ramadan Di Labuan

7:20pm 22/06/2016 Pak Roshan 2651 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

 

gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN : Angin kencang menerbangkan lebih 40 khemah bazar Ramadan di kampung Layang-Layangan di sini dalam kejadian ribut hari ini.

Pengarah Pejabat Meteorologi Labuan, Donis Gunting berkata angin yang bertiup 40 hingga 50 km satu jam dari arah laut melanda kawasan pesisiran Pantai Layangan dan kawasan sekitarnya.

“Angin kencang dan ribut yang melanda itu adalah disebabkan oleh ribut tropika,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Pejabat Perkhidmatan Masyarakat Kawasan Parlimen Labuan, Basran Yunus berkata sekurang-kurangnya 10 pengusaha bazar Ramadan terjejas selepas khemah bazar mereka ranap dipukul angin.

Beliau juga berkata angin kencang juga menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah rumah di Kg Batu Manikar dan menerbangkan bumbung sebuah rumah di Kg Rancha-Rancha.

“Kami telah menyalurkan bantuan kepada pengusaha bazar Ramadan dan penduduk kampung yang terlibat,” kata beliau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan