Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ANGIN KENCANG, LAUT BERGELORA SEHINGGA 11 OGOS

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di Sabah sehingga 11 Ogos ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejak (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan tersebut.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” jelas kenyataan jabatan itu yang dikeluarkan pada pukul 5 petang ini.

Selain itu, keadaan angin kencang dan luat bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, bagi amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairat Barat Sabah dan timur negeri itu sehingga pukul 9 malam ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan