Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah Berterusan Sehingga Esok

anginkencang

KUALA LUMPUR– Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dijangka berterusan sehingga esok bagi kawasan perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat).

 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 Kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

 

Amaran itu dikeluarkan berikutan Taufan Rammasun dikesan kira-kira 1,015 kilometer ke Timur Laut Pitas, Sabah pada 8 malam tadi dan bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 25 Kmsj.

 

Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter turut dikeluarkan bagi perkapalan di perairan Sulu, Palawan dan Reef North yang dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.

Bagi perairan Phuket, keadaan sama diramal berlaku sehingga Isnin depan.

 

Jabatan Meterologi Malaysia mengingatkan bahawa keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Komen


Berita Berkaitan