Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Hingga Esok

angin

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut Jabatan Meteorologi hari ini, angin kencang timur laut itu dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.

Jabatan itu juga memaklumkan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga esok.

Angin kencang timur laut itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan