Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Hingga Ahad

angin.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Angin Barat Daya selaju 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga 13 Julai, menurut kenyataan jabatan itu hari ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Bagi perkapalan, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Layang-layang, Reef North dan Palawan juga dijangka berterusan sehingga 13 Julai.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Samui, Labuan, Selat Melaka (Utara) dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga 13 Julai.

Pada masa yang sama, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Komen


Berita Berkaitan