Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angin Kencang Dijangka Berterusan Sehingga Ahad

Ribut

KUALA LUMPUR – Angin kencang barat daya yang berlaku di perairan Wilayah Persekutuan Labuan serta di Pantai Barat Sabah dan Kudat dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata angin kencang itu dijangka melanda dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Situasi yang sama juga dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan Sulu.

Menurut kenyataan itu lagi, keadaan tersebut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan