Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Angin Kencang Dijangka Berterusan Sehingga Ahad

8:22am 15/12/2015 Pak Roshan 32 views Mutakhir,Nasional

angin-600x367

KUALA LUMPUR : Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan bermula Rabu hingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam ini berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.

Jabatan itu berkata keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan