Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Angin Kencang Dan Laut Bergelora Akibat Taufan Rammasun Di Sabah

angin rammasun

KUALA LUMPUR– Jabatan Meterologi pada Isnin mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan taufan Rammasun yang dikesan 1,601 km ke timur laut Kudat, Sabah, setakat pukul 5 petang. Taufan itu dikesan pada Latitud 18.4 U dan Longitud 125.7 T dengan kelajuan 30 kilometer sejam, kata jabatan itu.

Oleh itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40km dan 50 km sejam serta ombak yang mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter sedang berlaku di perairan Palawan, Reef North, Condore dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis.

Sementara itu, bagi perairan Malaysia, angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 dan 50 km sejam serta ombak yang mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Sabah (Kudat) juga dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, menurut jabatan itu.

Kenyataan itu menyebut jarak penglihatan mendatar yang rendah di bawah 5 kilometer sepanjang perairan utara Selat Melaka disebabkan keadaan jerebu dijangka berterusan sehingga Khamis ini. Keadaan ini berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak dilengkapi peralatan navigasi.

Komen


Berita Berkaitan