Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Anggrek makin manja nak dapat adik’

ADIRA bersama puteri sulungnya, Anggrek. – Foto Instagram Adira

 

KUALA LUMPUR: Bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi, penyanyi, Adira Suhaimi, mengakui anak sulungnya, Anggrek, lebih manja berbanding sebelum ini.

Begitupun, anak perempuannya itu turut menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang kakak selepas mengetahui dirinya akan mendapat adik.

Adira atau pemilik nama penuhnya Siti Adira Suhaimi turut berkata, dia yang kini hamil lapan bulan bakal bersalin dan menjalani proses berpantang di Semenanjung dengan bantuan ibunya.

“Memandangkan saya tidak boleh menaiki pesawat kerana sudah terlalu sarat, jadi ibu akan datang ke sini dari Sabah untuk membantu saya menguruskan Anggrek dan bayi yang bakal lahir.

“Alhamdulillah, saya tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk. Cuma berat badan kini sudah mencecah 74 kilogram.

“Anggrek juga sudah menunjukkan sikap sebagai kakak. Namun, dia bertambah manja sejak akhir-akhir ini. Kalau ditegur, air matanya mudah saja mengalir. Walaupun kelihatan seperti semakin sensitif, tetapi saya yakin Anggrek juga teruja menantikan kehadiran adik lelakinya,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi Sembunyi itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu, 40, di Songkhla, Thailand, pada 3 Disember 2015. Mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 10 Mac tahun lalu. –¬†Oleh Farhana Ab Rahman/BH Online

Komen


Berita Berkaitan