Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,700

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota UMNO Tak Terpengaruh Dengan Surat Terbuka Mahathir

7:32pm 20/03/2016 Pak Roshan 40 views Mutakhir,Politik
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

KOTA BHARU – Surat terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad kepada para anggota UMNO di peringkat cawangan kelmarin, tidak akan menggugat sokongan dan kesetiaan anggota UMNO Kelantan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat ini, tindakan bekas perdana menteri itu bukan satu ancaman dan tidak akan mempengaruhi anggota di 2,000 cawangan parti itu di Kelantan.

“Kita tidak mengesan ketua cawangan yang tidak akur dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. Hampir semua cawangan mendokong dan mempertahankan kepimpinan sedia ada,” kata Mustapa kepada pemberita di majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Warga Wisma Persekutuan di perkarangan bangunan itu di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi entri blognya kelmarin, Dr Mahathir antara lain menggesa cawangan-cawangan UMNO mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perbuatan Dr Mahathir itu tidak betul kerana beliau bukan lagi anggota UMNO.

Beliau percaya anggota UMNO khususnya di cawangan-cawangan tidak akan terpengaruh dengan usaha bekas perdana menteri itu untuk menjatuhkan Najib.

Mahdzir berkata beliau tidak boleh menerima perbuatan Dr Mahathir berpakat dengan Lim Kit Siang iaitu pemimpin dari DAP yang selama ini Dr Mahathir sendiri menanam doktrin di kalangan anggota UMNO sebagai anti Melayu.

“Tiga puluh tahun dulu saya sudah dengar doktrin tersebut, apabila Tun duduk dengan Lim Kit Siang buat ‘Deklarasi Mahathir’ macam mana kita nak terima,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Kelantan di sini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan