Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota Umno Sabah Diingat Kukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat

musa

KOTA KINABALU : Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan anggota parti di negeri ini supaya berperanan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Katanya, sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), UMNO perlu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai parti yang menyatupadukan rakyat demi kemajuan dan keamanan negara.

“Jangan lupa sejarah kita di Sabah. Dulu, pelbagai parti ditubuhkan berdasarkan suku kaum di negeri ini, tetapi akhirnya berlaku perpecahan.

“Kita mesti tahu asal-usul kita iaitu bagaimana kita berpecah (dahulu) dan bagaimana kita bersatu semula,” katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kota Kinabalu di sini Sabtu.

Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata BN membawa konsep kesepakatan dalam kalangan parti komponen yang bukan sahaja mengukuhkan perpaduan rakyat, tetapi memelihara kestabilan politik di Malaysia.

Beliau juga mengingatkan anggota UMNO supaya sentiasa bekerja untuk rakyat yang telah memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Terdahulu, Ketua UMNO Kota Kinabalu Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego berkata antara resepi UMNO bertahan lama berbanding parti pembangkang lain ialah semangat perpaduan yang jitu antara anggota dan pemimpin parti.

Beliau juga berkata tindakan tidak sehaluan anggota UMNO dengan pimpinan parti akan menjejaskan rentak perjuangan parti selama ini, sekali gus memberi gambaran kepada pembangkang bahawa UMNO sebuah parti yang lemah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan