Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota UMNO Perlu Amal Sifat ‘Tabayyun’ – Tawfiq

tawfiq-ibu tungal

TAWAU : Pemimpin dan anggota UMNO perlu mengamalkan sifat ‘tabayyun’ iaitu memeriksa dengan teliti kesahihan berita di laman sosial bagi menghadapi perang persepsi yang sering menyerang keutuhan dan kesatuan parti.

Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ia penting agar kekuatan parti tidak mudah dipecah-belah oleh pembangkang yang selalu mencari ruang melemahkan parti menggunakan perang persepsi di laman sosial.

“Jika pemimpin dan anggota UMNO tidak menerapkan sifat ‘tabayyun’, dikhuatiri mereka mudah terpengaruh dengan maklumat di laman sosial yang belum tentu kebenaran dan kesahihannya,” katanya.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Tawau di sini hari ini.

Beliau turut mengajak semua pemimpin dan anggota UMNO supaya bersatu-padu, bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan parti terus menerajui kerajaan demi untuk membela nasib rakyat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan