Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota tentera sekeluarga mati lemas di Sungai Moyog

Anggota pasukan penyelam Angkatan Tentera dan JBPM mengangkat mayat salah seorang mangsa. Manakala, gambar kecil menunjukkan seorang lagi mangsa dikenali sebagai Elisabeth  yang ditemui lemas di Sungai Moyog, Penampang. - foto ihsan JBPM
Anggota pasukan penyelam Angkatan Tentera dan JBPM mengangkat mayat salah seorang mangsa. Manakala, gambar kecil menunjukkan seorang lagi mangsa dikenali sebagai Elisabeth yang ditemui lemas di Sungai Moyog, Penampang. – foto ihsan JBPM

KOTA KINABALU – Percutian hujung minggu seorang anggota tentera bersama tujuh ahli keluarga bertukar tragedi apabila dia, isteri dan dua anak mereka ditemui mati lemas di Sungai Moyog, Kampung Madsiang, Penampang, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang bertugas sebagai anggota tentera, Pegawai Waran II, Samra Tongkooh, ditemui lemas bersama-sama isterinya, Elisabeth Magut, dan dua anaknya masing-masing berumur empat tahun dan 12 bulan.

Difahamkan, keluarga malang itu pergi ke lokasi sungai berkenaan untuk berkelah sejak pukul 2.30 petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K. Ramin berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan anggoya JBPM dengan dibantu oleh beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk anggota pasukan penyelam angkatan tentera.

“Mayat anggota tentera itu ditemui bersama-sama anaknya berumur 12 bulan pada pukul 9.00 pagi tadi (Ahad),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mayat isteri dan seorang lagi anak mangsa berumur empat tahun terlebih dahulu ditemui di lokasi kejadian manakala tiga lagi anak mangsa bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Polis Daerah Penampang ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan