Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota Tentera Seakan Sudah Tahu Ajalnya Bakal Tiba

zaim

SALAH seorang anggota tentera yang maut dalam kejadian trak terbalik di Jalan Ranau-Telupid, Ranau, Sabah, Allahyarham Prebet Mohd Zaim Salhudin, 20, seakan-akan sudah mendapat petanda bahawa umurnya tidak panjang di muka bumi ini.

Menerusi screen capture perbualan Allahyarham dengan rakannya, Amalina Hanif, Zaim menceritakan dia bermimpi kembali pulang ke Semenanjung dalam keadaan dirinya berada dalam keranda dan diusung rakan-rakan tentera yang lain.

zaim1

Amalina yang turut berkongsikan pengalamannya sepanjang berkenalan dengan Allahyarham menyatakan insiden itu berlaku ketika genap setahun Zaim memulakan tugasnya sebagai tentera.

1

zaim2

Insiden trak terbalik yang berlaku Ahad lalu di Jalan Ranau-Telupid, Ranau, Sabah turut meragut nyawa seorang lagi rakan Zaim iaitu Prebet Shahril Afizat Mohamad, 22, manakala lima lagi tentera cedera parah.

Jenazah Zaim dan Shahril selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Selangor dan Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan