Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Anggota polis tembak dua pegawai atasan

9:26am 16/12/2015 Pak Roshan 5201 views Global
ANGGOTA polis memeriksa mayat Shinkrit yang ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan sebuah trak pikap.

ANGGOTA polis memeriksa mayat Shinkrit yang ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan sebuah trak pikap.

Rayong (Thailand): Seorang anggota polis yang disiasat kerana merogol seorang wanita menembak mati dua pegawai atasannya di sebuah balai polis di sini, kelmarin sebelum ditembak rakan polis lain.

Kejadian berlaku jam 3.15 petang ketika Shinkrit Phutthipraphas diarah bertemu ketua balai polis Pluak Daeng, Somchai Soonthornwanich.

Ketika pertemuan itu, Shinkrit tiba-tiba mengeluarkan pistolnya dan terus menembak Somchai serta seorang lagi pegawai, Banyat Somha.

Somchai yang masih duduk di kerusinya ditembak di leher dan mati di tempat kejadian.

Banyat pula ditembak dua kali di kepala dan leher sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Shinkrit kemudian melepaskan 10 das lagi tembakan di balai polis berkenaan bagi mengelak ditangkap.

Bagaimanapun, Shinkrit maut terkena tembakan di badan selepas cuba melarikan diri dengan sebuah trak pikap. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan