Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Anggota polis maut dalam kemalangan

Sekadar Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Seorang anggota polis maut selepas motosikal Honda Wave yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di simpang Jalan Taman Muhibbah, Jalan Kuhara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.35 malam itu, motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah kereta jenis Preve sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Semarak selepas habis bertugas.

Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, mangsa dikenali sebagai Lans Koperal, Shahrizal Mohd Jenin, 32, dan bertugas di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Tawau.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta Preve yang juga pengadu dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke rumahnya di Kampung Pasir Putih, tiba-tiba mendengar bunyi hentakan di bahagian tepi pemandu.

“Pemandu Preve berhenti dan mendapati sebuah motosikal dan seorang lelaki iaitu mangsa berada di situ. Mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh orang awam dan mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di bahagian badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan